Siapa AidilOmar?

Nama diberi Muhamad Aidil Bin Omar merupakan founder kepada institusi perniagaan yang membantu usahawan internet untuk maju bersaing dengan syarikat yang lebih besar dalam masa yang amat singkat.

Kepakaran beliau adalah memberikan bantuan yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan internet untuk membina legasi perniagaan internet mereka sendiri. Beliau adalah seorang yang pakar dalam pemasaran internet dalm pakar dalam membina hampir semua jenis laman web yang diminta oleh pelanggan dan membantu ramai usahawan internet dalam menjayakan perniagaan internet dan bersaing dengan syarikat besar.

Beliau mempunyai 12 tahun pengalaman dalam bidang komputer dan telah membina laman web pertama beliau pada umur 13 tahun semasa itu masih lagi tiada program yang canggih seperti sekarang, dan beliau sudah membina laman web seratus peratus menggunakan HTML dengan ciri interaktif yang masih lagi kurang digunakan pada zaman itu.

Selepas menghabiskan zaman persekolahan beliau menyambung pelajaran ke IPTA dan menyambung minat beliau dalam internet dan membina laman web dengan membina laman web fakulti yang menjadi tempat beliau menuntut ilmu.

Setelah habiskan pelajaran beliau membuka insitusi perniagaan yang dinamakan MABO Technology yang membantu usahawan dan bakal usahan membuka perniagaan internet supaya mereka mampu bersaing dengan syarikat besar seperti ZALORA dan LAZADA.

Beliau juga telah memberi khidmat nasihat secara terus dengan beberapa orang jutawan dari bangsa Melayu dan Cina dalam memasuki bidang perniagaan internet. dan telah melatih ramai usahawan internet untuk bersaing dalam dunia internet dengan lebih sistematik dan cara yang betul.