Usahawan Melayu Wajib Baca E-book ini
Jun24

Usahawan Melayu Wajib Baca E-book ini

Jika anda merupakan Usahawan Melayu yang berpendapatan RM 1Juta kebawah, anda wajib baca E-book ini. Saya telah membaca buku ini sehingga habis dan berpendapat bahawa semua peniaga atau usahawan melayu wajib membacanya kerana terdapat rahsia dan formula yang tersurat dan tersirat yang masih ramai usahawan melayu mengabaikan. dan tak praktikkan dengan betul. banyak kesalahan ringkas yang membuatkan kerugian besar tanpa disedari oleh pemain dalam pelbagai bidang dan industri.   E-book ini di beli oleh saya selepas dikongsikan di facebook  Tuan Aqif Azizan beliau merupakan Mentor Penulisan Pemasaran Terbaik Malaysia bagi saya. tanpa berlenggah saya terus membelinya atas kepercayaan tinggi kepada beliau walaupun bukan ditulis oleh beliau, ternyata berbaloi.   Secara ringkasnya saya boleh katakan: Formula penting yang akan mengelakkan Ramai Usahawan Melayu Buang Masa dan buang duit dengan bisnes sendiri Buku ini adalah berkenaan dengan Bagaimana kita merekabentuk perniagaan kita dengan smooth dan jelas, tanpa perlu`bersusah payah struggle dengan masalah dalam bisnes. juga dapat mengurangkan kerugian bisnes dengan pelbagai perkara remeh dan tidak anda perlukan. Buku ini juga berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan melayu sehingga kerugian ratusan ribu ringgit tanpa disedari walaupun sudah berjaya dalam bisnes. terdapat bonus disertakan bagi perniagaan untuk mendapatkan tambahan DANA dari sumber-sumber ‘EGO besar’ dengan sangat mudah dengan mengguna trick yang diajar dengan jelas. Dapatkan E-book ini Disini: E-book Seni Bisnes Startup Ps: Semoga perkongsian saya ini dan pelaburan anda membeli ebook ini dapat menyelamatkan berpuluh atau beratus ribu ringgit wang perniagaan anda. pada masa akan datang sama ada yang telah establish mahupun yang baru nak memulakan...

Read More
7 Cara hebat berniaga tanpa modal
Sep07

7 Cara hebat berniaga tanpa modal

Siapa kata semua perniagaan memerlukan modal? NOTIS UPDATE: atas permintaan ramai, sila rujuk bawah artikel ini untuk panduan lengkap bisnes tanpa modal. Sebenarnya tanggapan bahawa semua perniagaan memerlukan modal adalah tanggapan lapuk yang patut kita tinggalkan kerana sebenarnya sangat banyak kaedah untuk kita berniaga tanpa modal.   Disini saya kongsikan 7 idea hebat bagaimana anda membina legasi dengan tanpa modal, cuma apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal.   Apa yang anda perlukan hanya laptop dan kerja yang gigih   Jadi disini saya kongsikan 7 idea hebat tersebut   1) Ambil upah menulis sesuatu di internet Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari.   Contohnya saya sendiri semasa menjadi pelajar saya pernah menulis blog bagi laman blog gosip terkenal, kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan. Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan.   Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain   2) Perniagaan servis menulis ayat jualan perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini,   Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini, tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.   Bolehlah dapat dalam rm150-rm1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan   3) mengambil upah menjawab survey online terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat syarikat besar ini.   Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan! Namun perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai   Boleh dapat sehingga rm5000 jika kena gayanya!   4) Perniagaan cetak baju anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli (itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi)   Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.   Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan!   Hati hati: anda perlu dapatkan jumlah order minimum dengan cepat untuk kengelakkan pembeli menunggu terlalu lama sebelum baju siap dan sampai kepada mereka.   Seorang jutawan muda di Johor memulakan bisnes ini sehingga menjadi jutawan.. Kau ado?     5) Dropship Ini memang boring sebab dah ramai tahu, tapi saya kongsikan juga sebab saya pergi ceramah di politeknik baru baru ini masih ramai tidak tahu apa itu dropship jadi saya anggap...

Read More
Ceramah keusahawanan di Politeknik Seberang Perai
Aug31

Ceramah keusahawanan di Politeknik Seberang Perai

Baru baru ini saya di jemput oleh pihak Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang untuk memberikan ceramah berkenaan dengan topik keusahawanan. Saya berasa agak bertuah apabila dapat berkongsi dengan pelajar politeknik ini Yang boleh dikatakan jurang umur yang tidak banyak antara kami. Sebahagian pelajar yang sempat bergambar bersama saya. Insyallah anda kaya dan berjaya Agak kekok juga berceramah kepada orang yang umurnya lebih muda sedangkan sebelum ini saya hanya berceramah kepada ahli korporat dan para usahawan sahaja. Namun dalam sesi perkongsian kali ini pelajar memberikan reaksi yang baik dan mudah memahami sesuai dengan mereka sebagai gen Y yang hidup dikelilingi dengan teknologi dan elektronik iadi proses perkongsian menjadi lebih mudah. Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan namun, masa yang tidak mengizinkan. Apa tajuk utama yang saya sempat berkongsi dengan mereka adalah. 1) kenapa anda perlu bisnes? 2) kemana modal perniagaan anda? 3) apa yang perlu tahu dan apa yang perlu elakkan dalam bisnes 4) basic copywriting technique 5) bagaimana membuat rm4000/bulan semasa menjadi pelajar 6) pelbagai teknik marketing yang berkesan. Saya sangat menghargai pihak Politeknik Seberang Perai kerana memberi masa yang berharga untuk saya kongsikan apa perkara penting yang pelajar ini perlu tahu sebelum mereka masuk ke dalam dunia perniagaan, Pelajar ini telah belajar daripada pengalaman dan perkongsian saya yang tidak seberapa ini mungkin mereka boleh menyelamatkan beberapa puluh ribu daripada duit perniagaan mereka dan akan memudahkan perniagaan mereka dengan teknik marketing yang lain daripada lain kelak insyallah. Ps: belajarlah dari pengalaman tak kira pengalaman kita sendiri atau pengalaman orang...

Read More
Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?
Nov17

Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?

Mungkin agak memalukan bagi syarikat gergasi Asia Tenggara apatah lagi di namanya tak asing bagi  rakyat Malaysia, Maybank merupakan institusi kewangan terbesar di Asia Tenggara mempunyai nama gah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Namun terdapat beberapa kontroversi sebelum ini yang melibatkan Maybank sebagai penyedia perbankan internet terbesar dan terbanyak yang digunakan di Malaysia sehingga dinobatkan sebagai laman web dari Malaysia no 1 yang paling kerap dilawati diikuti oleh Mudah.my. Ujian yang dilakukan di laman web tersebut memberikan hasil yang tidak memuaskan bagi laman web Maybank2u dengan gred yang diberikan adalah F.Cakap sahaja kualiti Maybank2u ramai diantara kita yang tahu dan mempunyai akaun online bankingnya. tetapi kontroversi baru-baru ini berkaitan dengan tahap kualiti keselamatan Maybank2u dipertikai oleh applikasi Qualys SSL Labs.   Berita ini menjadi bualan hangat di internet terutamanya blog-blog teknologi yang menghentam Maybank Namun selepas beberapa hari, apabila diperiksa semula, Maybank telah mengemaskini kekurangan pada sistem certificate SSLnya dan mendapat gred A seperti laman web-laman web perbankan internet pesaingnya sebelum ini. Mungkin pihak penyelenggara Maybank2u tidak menyedari atau kurang peka dengan perkara ini. dan mungkin juga atas sebab kecuaian bagaimana pun atas keprihatinan blogger-blogger perkara ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak Mayban2u dan tahniah kepada blogger dan pihak Maybank2u kerana peka dan prihatin tentang Masalah ini yang mungkin akan menyebabkan masalah besar kepada pihak Maybank jika Vulnerability Maybank2u adalah tinggi menyebabkan laman web di godam. Kami terjumpa satu lagi perkara yang agak kurang sedap tentang Maybank2u Walaupun perkara ini kecil, dan mungkin tidak penting tetapi, ianya agak memalukan bagi syarikat gergasi yang mempunyai laman web no 1 Malaysia, dan mungkin ramai yang perasan tentang perkara ini dan ini menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat gergasi yang sepatutnya mempunyai kualiti tinggi dengan pelanggan yang berprofail tinggi. sesuatu yang pelik di Maybank2u    Gambar diatas diambil oleh saya menunjukkan dalam bulatan merah ada link yang tersesat disitu. Mungkin perkara ini tidak perlu diperbesarkan seperti vulnerabiliti SSL yang bergred F sebelum ini, namun perkara ini sepatutnya diambil berat oleh pemilik laman web no 1 Malaysia. Psst: Manusia yang bina laman web, dan menjadi lumrah, Manusia tak lepas dari kesilapan dan...

Read More
Mampukah kita untuk melawan jenama gergasi?
Nov02

Mampukah kita untuk melawan jenama gergasi?

Penjenamaan merupakan perkara yang sangat penting bagi perniagaan, lebih-lebih lagi jika anda hendak maju dalam perniagaan internet. ini adalah kerana dalam perniagaan internet  anda memerlukan kepercayaan pelanggan kepada anda untuk membeli di laman web anda. Penjenamaan juga memebolehkan perniagaan anda menonjol dan membuatkan orang mengingati perniagaan anda secara tak langsung perniagaan anda menjadi lebih mudah untuk melakukan jualan kerana anda telah memenangi kepercayaan daripada pembeli. dan nama perniagaan anda lebih menonjol berbanding jenama lain. Menjenamakan Perniagaan DI Internet Dalam perniagaan internet anda tidak perlu takut untuk menjenamakan perniagaan anda kerana di internet mempunyai banyak platform dan lokasi strategik untuk anda mengiklankan dengan lebih murah dan mudah jika anda melakukannya dengan teknik yang betul. Penjenamaan ini perlu dilakukan dengan lebih sepurna dan memberikan impak yang baik kepada hati pelanggan walaupun pelanggan tidak pernah pun mengenali jenama anda. kaedahnya anda perlu membina strategi pengaruh yang besar kepada perniagaan anda.   Melawan Jenama Gergasi Terdapat pelbagai jenama gergasi yang ada di Malaysia sendiri jika dalam kategori perniagaan classified kita ada mudah.my, jika Marketplace pula kita sudah ada lelong.my, manakala e-commerce pula kita sudah mempunyai Lazada dan Zalora. Mampukah kita untuk melawan nama-nama besar ni? ya tak mustahil! dan kosnya lebih murah dan mudah jika ianya mempunyai strategi yang bagus dan impak yang tinggi. Jenama-Jenama gergasi ini menggunakan ratusan ribu ringgit untuk memenangi hati pelanggan supaya mengingati jenama mereka. tetapi pada pandangan saya mereka tidak menggunakan 100% strategi yang bagus dalam mengoptimumkan dalam membina jenama mereka dimata pengguna. Strategi-strategi ini akan memberikan impak yang lebih baik dalam memenangi hati pelanggan dengan kos yang lebih sedikit dan lebih memberikan kesan yang baik dalam memberikan penyampaian jenama kepada pelanggan sekali gus memberikan nilai penjenamaan yang lebih baik dan membina kepercayaan yang lebih sempurna. SEO (Search Engine Optimization) Nilai penjenamaan di internet juga tidak terhad kepada pengguna dan pembeli sahaja, pemilik laman web perlu memiliki kemahiran dalam mengoptimumkan SEO bagi laman web mereka, SEO boleh dikatakan sebagai kemahiran yang  bagus untuk dipelajari dalam perniagaan internet. dan ianya juga mempunyai pelbagai pantang larang yang perlu dijaga dalam mengamalkan SEO. SEO merupakan perkara yang penting dalam mengurangkan kos pengiklanan selain penjenamaan anda, kerana SEO akan memberikan trafik kepada laman web anda tanpa anda mengiklankannya. Kesimpulannya tidak mustahil anda untuk melawan jenama gergasi dengan kos yang lebih sedikit dengan adanya strategi yang bagus. Saya akan kongsikan bagaimana untuk memberikan impak besar dalam penjenamaan internet dalam post-post seterusnya. Psst: Dalam personal coach saya anda akan didedahkan semua strategi dan penjenamaan internet ini tanpa kos yang dikeluarkan oleh syarikat besar....

Read More
Direct selling ,Pengiklanan atau Publisiti, Mana satu anda perlu guna?
Oct22

Direct selling ,Pengiklanan atau Publisiti, Mana satu anda perlu guna?

Sifu saya Dr. Azizan Osman ada kongsikan bagaimana untuk membina nama dan jenama anda menjadi industri leader antara semua pesaing dan menjadi terkenal dan sebutan bagi pelanggan. untuk mencapat ke tahap ini perlu banyak usaha yang perlu dijalankan. Namun apa yang diajarkan oleh sifu saya didalam kelas banyak orang yang tersalah faham dan terpesong dengan kefahaman masing-masing kerana hilang punca dengan membuat andaian masing masing dan ada pulak yang terbiasa dengan kaedah lama iaitu direct selling tanpa kena dengan tempatnya. Mungkin ada diantara anda masih kurang faham perbezaan Direct Selling, Publisiti dan Marketing anda boleh rujuk banyak sumber di internet. Secara Ringkas: Direct Selling – Kaedah marketing yang digunakan untuk menarik pelanggan dengan menjual terus kepada pelanggan secara berdepan Publisiti – Membina persepsi orang awam/pelanggan/umum kepada sesebuah jenama atau nama, dan mendapat kedudukan nama yang lebih tinggi dan kepercayaan. Pengiklanan -Satu platform untuk mempengaruhi pengguna dan cara komunikasi satu hala dalam sesuatu kempen marketing Marketing – Merupakan ibu bagi perkara diatas dan pelbagai lagi teknik marketing yang lain yang memberikan informasi dan nilai kepada sesuatu produk kepada pengguna. Ramai yang merunggut apabila ternampak atau melihat teknik Direct selling di mana-mana kenapa masih di praktik kan? ya sebab ianya berkesan! tapi ramai yang masih tidak suka dengan direct selling berbanding teknik marketing dan publitsiti Direct Selling? Ya tiada salahnya dengan Direct selling Malah Sifu saya sendiri pun pernah menjadi Direct Seller dan apa yang perlu diambil tahu adalah cara dan kaedahnya juga dengan tempat dan situasinya. seperti post saya yang sebelum ni Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook sangat berguna bagi sesiapa yang masih menggunakan cara direct selling di facebook. dan anda tidak perlukan publisiti atau nama yang besar dan dikenali jika anda hanya agent menjual sabun atau topup dan anda hanya menjualnya secara kecil-kecilan, tetapi anda masih perlu Advertising tapi dengan kaedah yang betul. Anis Choc Moist Cake Juga ada sharing tentang Direct Selling ini Disini Marketing Advertising Jika anda mempunyai  brand sendiri pula, anda perlu mempunyai publisiti dan Advertising untuk menaikkan nama perniagaan atau jenama anda. tetapi anda lebih kurang perlukan direct selling. dan anda hanya perlukan agent yang melakukan direct selling tersebut dan anda support jualan mereka dengan publisiti dan marketing advertising dari belakang yang akan lebih meyakinkan pelanggan dan melariskan jualan agent tersebut sakali gus produk anda akan mendatangkan jualan tinggi. Publisiti Jika anda mempromosikan diri anda pula sebagai pakar dalam sesuatu bidang anda sangat memerlukan Publisiti pula, kenapa? sebab anda perlu membina kepercayaan semua orang yang anda adalah pakar dalam sesuatu bidang, dan anda perlu sedikit advertising untuk support pengaruh anda dalam publisiti tersebut. kaedah ini ada diamalkan oleh siru DR. Azizan Osman dalam membina publisiti dengan...

Read More