7 Cara hebat berniaga tanpa modal
Sep07

7 Cara hebat berniaga tanpa modal

Siapa kata semua perniagaan memerlukan modal? NOTIS UPDATE: atas permintaan ramai, sila rujuk bawah artikel ini untuk panduan lengkap bisnes tanpa modal. Sebenarnya tanggapan bahawa semua perniagaan memerlukan modal adalah tanggapan lapuk yang patut kita tinggalkan kerana sebenarnya sangat banyak kaedah untuk kita berniaga tanpa modal.   Disini saya kongsikan 7 idea hebat bagaimana anda membina legasi dengan tanpa modal, cuma apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal.   Apa yang anda perlukan hanya laptop dan kerja yang gigih   Jadi disini saya kongsikan 7 idea hebat tersebut   1) Ambil upah menulis sesuatu di internet Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari.   Contohnya saya sendiri semasa menjadi pelajar saya pernah menulis blog bagi laman blog gosip terkenal, kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan. Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan.   Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain   2) Perniagaan servis menulis ayat jualan perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini,   Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini, tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.   Bolehlah dapat dalam rm150-rm1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan   3) mengambil upah menjawab survey online terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat syarikat besar ini.   Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan! Namun perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai   Boleh dapat sehingga rm5000 jika kena gayanya!   4) Perniagaan cetak baju anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli (itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi)   Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.   Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan!   Hati hati: anda perlu dapatkan jumlah order minimum dengan cepat untuk kengelakkan pembeli menunggu terlalu lama sebelum baju siap dan sampai kepada mereka.   Seorang jutawan muda di Johor memulakan bisnes ini sehingga menjadi jutawan.. Kau ado?     5) Dropship Ini memang boring sebab dah ramai tahu, tapi saya kongsikan juga sebab saya pergi ceramah di politeknik baru baru ini masih ramai tidak tahu apa itu dropship jadi saya anggap...

Read More