Ceramah keusahawanan di Politeknik Seberang Perai

Baru baru ini saya di jemput oleh pihak Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang untuk memberikan ceramah berkenaan dengan topik keusahawanan.

Saya berasa agak bertuah apabila dapat berkongsi dengan pelajar politeknik ini Yang boleh dikatakan jurang umur yang tidak banyak antara kami.

Sebahagian pelajar yang sempat bergambar bersama saya.
Insyallah anda kaya dan berjaya

Agak kekok juga berceramah kepada orang yang umurnya lebih muda sedangkan sebelum ini saya hanya berceramah kepada ahli korporat dan para usahawan sahaja. Namun dalam sesi perkongsian kali ini pelajar memberikan reaksi yang baik dan mudah memahami sesuai dengan mereka sebagai gen Y yang hidup dikelilingi dengan teknologi dan elektronik iadi proses perkongsian menjadi lebih mudah.

Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan namun, masa yang tidak mengizinkan. Apa tajuk utama yang saya sempat berkongsi dengan mereka adalah.
1) kenapa anda perlu bisnes?
2) kemana modal perniagaan anda?

3) apa yang perlu tahu dan apa yang perlu elakkan dalam bisnes
4) basic copywriting technique
5) bagaimana membuat rm4000/bulan semasa menjadi pelajar
6) pelbagai teknik marketing yang berkesan.

Saya sangat menghargai pihak Politeknik Seberang Perai kerana memberi masa yang berharga untuk saya kongsikan apa perkara penting yang pelajar ini perlu tahu sebelum mereka masuk ke dalam dunia perniagaan,

Pelajar ini telah belajar daripada pengalaman dan perkongsian saya yang tidak seberapa ini mungkin mereka boleh menyelamatkan beberapa puluh ribu daripada duit perniagaan mereka dan akan memudahkan perniagaan mereka dengan teknik marketing yang lain daripada lain kelak insyallah.

Ps: belajarlah dari pengalaman tak kira pengalaman kita sendiri atau pengalaman orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: Aidil Omar

Merupakan seorang pakar dan jurulatih strategi memulakan perniagaan internet dan telah menjadi jurulatih kepada beberapa orang jutawan berbangsa Melayu dan Cina juga telah melatih ramai usahawan internet untuk memulakan perniagaan mereka dengan cara yang betul. Merupakan pemilik kepada MABO Technology sebuah syarikat pembinaan laman web dan hartanah MAYA terkemuka di utara tanah air.

468 ad
Share This Post On

Submit a Comment

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *