Mampukah kita untuk melawan jenama gergasi?

Penjenamaan merupakan perkara yang sangat penting bagi perniagaan, lebih-lebih lagi jika anda hendak maju dalam perniagaan internet. ini adalah kerana dalam perniagaan internet  anda memerlukan kepercayaan pelanggan kepada anda untuk membeli di laman web anda.mudah

Penjenamaan juga memebolehkan perniagaan anda menonjol dan membuatkan orang mengingati perniagaan anda secara tak langsung perniagaan anda menjadi lebih mudah untuk melakukan jualan kerana anda telah memenangi kepercayaan daripada pembeli. dan nama perniagaan anda lebih menonjol berbanding jenama lain.

Menjenamakan Perniagaan DI Internet

Dalam perniagaan internet anda tidak perlu takut untuk menjenamakan perniagaan anda kerana di internet mempunyai banyak platform dan lokasi strategik untuk anda mengiklankan dengan lebih murah dan mudah jika anda melakukannya dengan teknik yang betul.

Penjenamaan ini perlu dilakukan dengan lebih sepurna dan memberikan impak yang baik kepada hati pelanggan walaupun pelanggan tidak pernah pun mengenali jenama anda. kaedahnya anda perlu membina strategi pengaruh yang besar kepada perniagaan anda.

 

ebay

Melawan Jenama Gergasi

Terdapat pelbagai jenama gergasi yang ada di Malaysia sendiri jika dalam kategori perniagaan classified kita ada mudah.my, jika Marketplace pula kita sudah ada lelong.my, manakala e-commerce pula kita sudah mempunyai Lazada dan Zalora.

Mampukah kita untuk melawan nama-nama besar ni? ya tak mustahil! dan kosnya lebih murah dan mudah jika ianya mempunyai strategi yang bagus dan impak yang tinggi.

Jenama-Jenama gergasi ini menggunakan ratusan ribu ringgit untuk memenangi hati pelanggan supaya mengingati jenama mereka. tetapi pada pandangan saya mereka tidak menggunakan 100% strategi yang bagus dalam mengoptimumkan dalam membina jenama mereka dimata pengguna.

Strategi-strategi ini akan memberikan impak yang lebih baik dalam memenangi hati pelanggan dengan kos yang lebih sedikit dan lebih memberikan kesan yang baik dalam memberikan penyampaian jenama kepada pelanggan sekali gus memberikan nilai penjenamaan yang lebih baik dan membina kepercayaan yang lebih sempurna.

SEO (Search Engine Optimization)

Nilai penjenamaan di internet juga tidak terhad kepada pengguna dan pembeli sahaja, pemilik laman web perlu memiliki kemahiran dalam mengoptimumkan SEO bagi laman web mereka, SEO boleh dikatakan sebagai kemahiran yang  bagus untuk dipelajari dalam perniagaan internet. dan ianya juga mempunyai pelbagai pantang larang yang perlu dijaga dalam mengamalkan SEO.

SEO merupakan perkara yang penting dalam mengurangkan kos pengiklanan selain penjenamaan anda, kerana SEO akan memberikan trafik kepada laman web anda tanpa anda mengiklankannya.

Kesimpulannya tidak mustahil anda untuk melawan jenama gergasi dengan kos yang lebih sedikit dengan adanya strategi yang bagus. Saya akan kongsikan bagaimana untuk memberikan impak besar dalam penjenamaan internet dalam post-post seterusnya.

Psst: Dalam personal coach saya anda akan didedahkan semua strategi dan penjenamaan internet ini tanpa kos yang dikeluarkan oleh syarikat besar.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: Aidil Omar

Merupakan seorang pakar dan jurulatih strategi memulakan perniagaan internet dan telah menjadi jurulatih kepada beberapa orang jutawan berbangsa Melayu dan Cina juga telah melatih ramai usahawan internet untuk memulakan perniagaan mereka dengan cara yang betul. Merupakan pemilik kepada MABO Technology sebuah syarikat pembinaan laman web dan hartanah MAYA terkemuka di utara tanah air.

468 ad
Share This Post On

Submit a Comment

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *