Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?









Mungkin agak memalukan bagi syarikat gergasi Asia Tenggara apatah lagi di namanya tak asing bagi  rakyat Malaysia, Maybank merupakan institusi kewangan terbesar di Asia Tenggara mempunyai nama gah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

qualys-maybank2u

Namun terdapat beberapa kontroversi sebelum ini yang melibatkan Maybank sebagai penyedia perbankan internet terbesar dan terbanyak yang digunakan di Malaysia sehingga dinobatkan sebagai laman web dari Malaysia no 1 yang paling kerap dilawati diikuti oleh Mudah.my.

Ujian yang dilakukan di laman web tersebut memberikan hasil yang tidak memuaskan bagi laman web Maybank2u dengan gred yang diberikan adalah F.Cakap sahaja kualiti Maybank2u ramai diantara kita yang tahu dan mempunyai akaun online bankingnya. tetapi kontroversi baru-baru ini berkaitan dengan tahap kualiti keselamatan Maybank2u dipertikai oleh applikasi Qualys SSL Labs.

 

Berita ini menjadi bualan hangat di internet terutamanya blog-blog teknologi yang menghentam Maybank

qualyss-maybank-a

Namun selepas beberapa hari, apabila diperiksa semula, Maybank telah mengemaskini kekurangan pada sistem certificate SSLnya dan mendapat gred A seperti laman web-laman web perbankan internet pesaingnya sebelum ini.

Mungkin pihak penyelenggara Maybank2u tidak menyedari atau kurang peka dengan perkara ini. dan mungkin juga atas sebab kecuaian bagaimana pun atas keprihatinan blogger-blogger perkara ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak Mayban2u dan tahniah kepada blogger dan pihak Maybank2u kerana peka dan prihatin tentang Masalah ini yang mungkin akan menyebabkan masalah besar kepada pihak Maybank jika Vulnerability Maybank2u adalah tinggi menyebabkan laman web di godam.

Kami terjumpa satu lagi perkara yang agak kurang sedap tentang Maybank2u

Walaupun perkara ini kecil, dan mungkin tidak penting tetapi, ianya agak memalukan bagi syarikat gergasi yang mempunyai laman web no 1 Malaysia, dan mungkin ramai yang perasan tentang perkara ini dan ini menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat gergasi yang sepatutnya mempunyai kualiti tinggi dengan pelanggan yang berprofail tinggi.

sesuatu yang pelik di Maybank2u 

Capture

 

Gambar diatas diambil oleh saya menunjukkan dalam bulatan merah ada link yang tersesat disitu.

Mungkin perkara ini tidak perlu diperbesarkan seperti vulnerabiliti SSL yang bergred F sebelum ini, namun perkara ini sepatutnya diambil berat oleh pemilik laman web no 1 Malaysia.

Psst: Manusia yang bina laman web, dan menjadi lumrah, Manusia tak lepas dari kesilapan dan kealpaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: Aidil Omar

Merupakan seorang pakar dan jurulatih strategi memulakan perniagaan internet dan telah menjadi jurulatih kepada beberapa orang jutawan berbangsa Melayu dan Cina juga telah melatih ramai usahawan internet untuk memulakan perniagaan mereka dengan cara yang betul. Merupakan pemilik kepada MABO Technology sebuah syarikat pembinaan laman web dan hartanah MAYA terkemuka di utara tanah air.

468 ad
Share This Post On

Submit a Comment

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *