Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?
Nov17

Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?

Mungkin agak memalukan bagi syarikat gergasi Asia Tenggara apatah lagi di namanya tak asing bagi  rakyat Malaysia, Maybank merupakan institusi kewangan terbesar di Asia Tenggara mempunyai nama gah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Namun terdapat beberapa kontroversi sebelum ini yang melibatkan Maybank sebagai penyedia perbankan internet terbesar dan terbanyak yang digunakan di Malaysia sehingga dinobatkan sebagai laman web dari Malaysia no 1 yang paling kerap dilawati diikuti oleh Mudah.my. Ujian yang dilakukan di laman web tersebut memberikan hasil yang tidak memuaskan bagi laman web Maybank2u dengan gred yang diberikan adalah F.Cakap sahaja kualiti Maybank2u ramai diantara kita yang tahu dan mempunyai akaun online bankingnya. tetapi kontroversi baru-baru ini berkaitan dengan tahap kualiti keselamatan Maybank2u dipertikai oleh applikasi Qualys SSL Labs.   Berita ini menjadi bualan hangat di internet terutamanya blog-blog teknologi yang menghentam Maybank Namun selepas beberapa hari, apabila diperiksa semula, Maybank telah mengemaskini kekurangan pada sistem certificate SSLnya dan mendapat gred A seperti laman web-laman web perbankan internet pesaingnya sebelum ini. Mungkin pihak penyelenggara Maybank2u tidak menyedari atau kurang peka dengan perkara ini. dan mungkin juga atas sebab kecuaian bagaimana pun atas keprihatinan blogger-blogger perkara ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak Mayban2u dan tahniah kepada blogger dan pihak Maybank2u kerana peka dan prihatin tentang Masalah ini yang mungkin akan menyebabkan masalah besar kepada pihak Maybank jika Vulnerability Maybank2u adalah tinggi menyebabkan laman web di godam. Kami terjumpa satu lagi perkara yang agak kurang sedap tentang Maybank2u Walaupun perkara ini kecil, dan mungkin tidak penting tetapi, ianya agak memalukan bagi syarikat gergasi yang mempunyai laman web no 1 Malaysia, dan mungkin ramai yang perasan tentang perkara ini dan ini menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat gergasi yang sepatutnya mempunyai kualiti tinggi dengan pelanggan yang berprofail tinggi. sesuatu yang pelik di Maybank2u    Gambar diatas diambil oleh saya menunjukkan dalam bulatan merah ada link yang tersesat disitu. Mungkin perkara ini tidak perlu diperbesarkan seperti vulnerabiliti SSL yang bergred F sebelum ini, namun perkara ini sepatutnya diambil berat oleh pemilik laman web no 1 Malaysia. Psst: Manusia yang bina laman web, dan menjadi lumrah, Manusia tak lepas dari kesilapan dan...

Read More
Mampukah kita untuk melawan jenama gergasi?
Nov02

Mampukah kita untuk melawan jenama gergasi?

Penjenamaan merupakan perkara yang sangat penting bagi perniagaan, lebih-lebih lagi jika anda hendak maju dalam perniagaan internet. ini adalah kerana dalam perniagaan internet  anda memerlukan kepercayaan pelanggan kepada anda untuk membeli di laman web anda. Penjenamaan juga memebolehkan perniagaan anda menonjol dan membuatkan orang mengingati perniagaan anda secara tak langsung perniagaan anda menjadi lebih mudah untuk melakukan jualan kerana anda telah memenangi kepercayaan daripada pembeli. dan nama perniagaan anda lebih menonjol berbanding jenama lain. Menjenamakan Perniagaan DI Internet Dalam perniagaan internet anda tidak perlu takut untuk menjenamakan perniagaan anda kerana di internet mempunyai banyak platform dan lokasi strategik untuk anda mengiklankan dengan lebih murah dan mudah jika anda melakukannya dengan teknik yang betul. Penjenamaan ini perlu dilakukan dengan lebih sepurna dan memberikan impak yang baik kepada hati pelanggan walaupun pelanggan tidak pernah pun mengenali jenama anda. kaedahnya anda perlu membina strategi pengaruh yang besar kepada perniagaan anda.   Melawan Jenama Gergasi Terdapat pelbagai jenama gergasi yang ada di Malaysia sendiri jika dalam kategori perniagaan classified kita ada mudah.my, jika Marketplace pula kita sudah ada lelong.my, manakala e-commerce pula kita sudah mempunyai Lazada dan Zalora. Mampukah kita untuk melawan nama-nama besar ni? ya tak mustahil! dan kosnya lebih murah dan mudah jika ianya mempunyai strategi yang bagus dan impak yang tinggi. Jenama-Jenama gergasi ini menggunakan ratusan ribu ringgit untuk memenangi hati pelanggan supaya mengingati jenama mereka. tetapi pada pandangan saya mereka tidak menggunakan 100% strategi yang bagus dalam mengoptimumkan dalam membina jenama mereka dimata pengguna. Strategi-strategi ini akan memberikan impak yang lebih baik dalam memenangi hati pelanggan dengan kos yang lebih sedikit dan lebih memberikan kesan yang baik dalam memberikan penyampaian jenama kepada pelanggan sekali gus memberikan nilai penjenamaan yang lebih baik dan membina kepercayaan yang lebih sempurna. SEO (Search Engine Optimization) Nilai penjenamaan di internet juga tidak terhad kepada pengguna dan pembeli sahaja, pemilik laman web perlu memiliki kemahiran dalam mengoptimumkan SEO bagi laman web mereka, SEO boleh dikatakan sebagai kemahiran yang  bagus untuk dipelajari dalam perniagaan internet. dan ianya juga mempunyai pelbagai pantang larang yang perlu dijaga dalam mengamalkan SEO. SEO merupakan perkara yang penting dalam mengurangkan kos pengiklanan selain penjenamaan anda, kerana SEO akan memberikan trafik kepada laman web anda tanpa anda mengiklankannya. Kesimpulannya tidak mustahil anda untuk melawan jenama gergasi dengan kos yang lebih sedikit dengan adanya strategi yang bagus. Saya akan kongsikan bagaimana untuk memberikan impak besar dalam penjenamaan internet dalam post-post seterusnya. Psst: Dalam personal coach saya anda akan didedahkan semua strategi dan penjenamaan internet ini tanpa kos yang dikeluarkan oleh syarikat besar....

Read More