Tips Berniaga di Facebook: Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook

Berniaga di facebook perlu ada caranya supaya orang tidak jelik atau tak selesa dengan perkara yang kita jual dan yang pasti kita tidak akan dapat satu komen malah sales apatah lagi.

anti-facebook-association-wallpaper

Contoh cara untuk menjual di facebook adalah dengan kaedah sharing, sharing berita, atau cerita yang berkenaan produk yang kita jual. tetapi jangan nampak sedikit pun kita menjualnya, supaya orang lain boleh selesa dengan post anda. sebab kini ramai yang berniaga di facebook dan menyebabkan orang ramai fobia dengan penjual di facebook yang hanya berfacebook untuk menjual.

Sebab Laman sosial adala tempat orang bersosial seperti di tempat sosial atau tempat awam yang lain, jadi anda jangan jadi penjual yang mengganggu orang dengan menjual dengan bersungguh-sungguh kerana tak semua orang yang nak beli dan perlukan produk anda, tetapi anda boleh jadi orang yang sedang bertanyakan pendapat orang ramai atau bersembang dengan orang lain dan berkongsi. bukan terus menjual.

jual di fb

Kita tak tau dan tak pasti dia ni menjual ke atau nak tanya? jadi ramai yang akan komen pengalaman dan testimoni masing-masing

Gambar ni salah satu teknik yang baik untuk promosi produk beliau, apa bila orang komen “kat mana nak dapat?” atau “pernah jugak nak cuba” apa salahnya kalau kita PM orang tu terus. kan ke baik tu..buat dapat sales tapi orang lain selesa dan tak bosan dengan apa yang kita post, dan kita yakin produk yang kita share itu baik orang lain akan komen yang baik.

Dan gambar ini tak akan di delete oleh admin group kerana ianya lebih kepada sharing dan pertanyaan untuk di kongsikan kepada orang ramai. jika ada orang tanya bagaimana nak beli jangan komen disitu, sila terus PM beliau.

Kebaikan teknik ini:

  • Orang lain selesa dengan bukan ayat jualan yang dah membosankan
  • Tunggu orang komen benda baik dan sharing dari orang yang dah gunakan produk tu (testimonial free bro)
  • Jika orang komen negatif sila jawab komen itu dengan baik dan perbetulkan keadaan mungkin orang tu tersalah guna (jika tak boleh kawal) kenapa tak delete je kan? (elakkan anda scam orang lain ok)
  • Jika ada orang tanya benda apa? atau macam mana nak dapat, atau bagaimana ia berfungsi maka lebih baik anda kongsikan dan menjadi pakar kepada benda ini sedangkan anda yang mula bertanya. itu adalah sharing!
  • Orang lain akan selesa dengan anda. dan kemungkinan untuk anda di unfriend adalah mustahil.
  • facebook akan kembali menjadi tempat sosial yang selesa.
  • Jualan lebih daripada jika anda gunakan teknik jualan langsung facebook

Psst: Saya juga pemilik/admin group kereta di facebook, dan sangat tegas jika orang menjual barang dalam group saya. Tetapi jika saya melihat teknik ni saya takkan delete sebab ini adalah sharing bukan menjual dan semua orang akan selesa bersosial dalam group tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: Aidil Omar

Merupakan seorang pakar dan jurulatih strategi memulakan perniagaan internet dan telah menjadi jurulatih kepada beberapa orang jutawan berbangsa Melayu dan Cina juga telah melatih ramai usahawan internet untuk memulakan perniagaan mereka dengan cara yang betul. Merupakan pemilik kepada MABO Technology sebuah syarikat pembinaan laman web dan hartanah MAYA terkemuka di utara tanah air.

468 ad
Share This Post On

Submit a Comment

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *