Direct selling ,Pengiklanan atau Publisiti, Mana satu anda perlu guna?

Sifu saya Dr. Azizan Osman ada kongsikan bagaimana untuk membina nama dan jenama anda menjadi industri leader antara semua pesaing dan menjadi terkenal dan sebutan bagi pelanggan. untuk mencapat ke tahap ini perlu banyak usaha yang perlu dijalankan.

Namun apa yang diajarkan oleh sifu saya didalam kelas banyak orang yang tersalah faham dan terpesong dengan kefahaman masing-masing kerana hilang punca dengan membuat andaian masing masing dan ada pulak yang terbiasa dengan kaedah lama iaitu direct selling tanpa kena dengan tempatnya.

Mungkin ada diantara anda masih kurang faham perbezaan Direct Selling, Publisiti dan Marketing anda boleh rujuk banyak sumber di internet.

Secara Ringkas:

  • Direct Selling – Kaedah marketing yang digunakan untuk menarik pelanggan dengan menjual terus kepada pelanggan secara berdepan
  • Publisiti – Membina persepsi orang awam/pelanggan/umum kepada sesebuah jenama atau nama, dan mendapat kedudukan nama yang lebih tinggi dan kepercayaan.
  • Pengiklanan -Satu platform untuk mempengaruhi pengguna dan cara komunikasi satu hala dalam sesuatu kempen marketing
  • Marketing – Merupakan ibu bagi perkara diatas dan pelbagai lagi teknik marketing yang lain yang memberikan informasi dan nilai kepada sesuatu produk kepada pengguna.

Ramai yang merunggut apabila ternampak atau melihat teknik Direct selling di mana-mana kenapa masih di praktik kan? ya sebab ianya berkesan! tapi ramai yang masih tidak suka dengan direct selling berbanding teknik marketing dan publitsiti

traditional-publicity-vs-content-marketing_50291a8a7fd68Direct Selling?
Ya tiada salahnya dengan Direct selling Malah Sifu saya sendiri pun pernah menjadi Direct Seller dan apa yang perlu diambil tahu adalah cara dan kaedahnya juga dengan tempat dan situasinya. seperti post saya yang sebelum ni Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook sangat berguna bagi sesiapa yang masih menggunakan cara direct selling di facebook. dan anda tidak perlukan publisiti atau nama yang besar dan dikenali jika anda hanya agent menjual sabun atau topup dan anda hanya menjualnya secara kecil-kecilan, tetapi anda masih perlu Advertising tapi dengan kaedah yang betul. Anis Choc Moist Cake Juga ada sharing tentang Direct Selling ini Disini

Marketing Advertising
Jika anda mempunyai  brand sendiri pula, anda perlu mempunyai publisiti dan Advertising untuk menaikkan nama perniagaan atau jenama anda. tetapi anda lebih kurang perlukan direct selling. dan anda hanya perlukan agent yang melakukan direct selling tersebut dan anda support jualan mereka dengan publisiti dan marketing advertising dari belakang yang akan lebih meyakinkan pelanggan dan melariskan jualan agent tersebut sakali gus produk anda akan mendatangkan jualan tinggi.

Publisiti
Jika anda mempromosikan diri anda pula sebagai pakar dalam sesuatu bidang anda sangat memerlukan Publisiti pula, kenapa? sebab anda perlu membina kepercayaan semua orang yang anda adalah pakar dalam sesuatu bidang, dan anda perlu sedikit advertising untuk support pengaruh anda dalam publisiti tersebut. kaedah ini ada diamalkan oleh siru DR. Azizan Osman dalam membina publisiti dengan menggunakan media coverage untuk membina nama beliau dalan industri pemasaran.

Oleh itu anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan medium-medium ini dalam memasarkan diri anda mahupun jenama anda kemata pengguna dan orang umum.

Psst: Publisiti boleh didapati dengan percuma mahupun berbayar dan kesannya sangat-sangat besar

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: Aidil Omar

Merupakan seorang pakar dan jurulatih strategi memulakan perniagaan internet dan telah menjadi jurulatih kepada beberapa orang jutawan berbangsa Melayu dan Cina juga telah melatih ramai usahawan internet untuk memulakan perniagaan mereka dengan cara yang betul. Merupakan pemilik kepada MABO Technology sebuah syarikat pembinaan laman web dan hartanah MAYA terkemuka di utara tanah air.

468 ad
Share This Post On

Submit a Comment

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *