Direct selling ,Pengiklanan atau Publisiti, Mana satu anda perlu guna?
Oct22

Direct selling ,Pengiklanan atau Publisiti, Mana satu anda perlu guna?

Sifu saya Dr. Azizan Osman ada kongsikan bagaimana untuk membina nama dan jenama anda menjadi industri leader antara semua pesaing dan menjadi terkenal dan sebutan bagi pelanggan. untuk mencapat ke tahap ini perlu banyak usaha yang perlu dijalankan. Namun apa yang diajarkan oleh sifu saya didalam kelas banyak orang yang tersalah faham dan terpesong dengan kefahaman masing-masing kerana hilang punca dengan membuat andaian masing masing dan ada pulak yang terbiasa dengan kaedah lama iaitu direct selling tanpa kena dengan tempatnya. Mungkin ada diantara anda masih kurang faham perbezaan Direct Selling, Publisiti dan Marketing anda boleh rujuk banyak sumber di internet. Secara Ringkas: Direct Selling – Kaedah marketing yang digunakan untuk menarik pelanggan dengan menjual terus kepada pelanggan secara berdepan Publisiti – Membina persepsi orang awam/pelanggan/umum kepada sesebuah jenama atau nama, dan mendapat kedudukan nama yang lebih tinggi dan kepercayaan. Pengiklanan -Satu platform untuk mempengaruhi pengguna dan cara komunikasi satu hala dalam sesuatu kempen marketing Marketing – Merupakan ibu bagi perkara diatas dan pelbagai lagi teknik marketing yang lain yang memberikan informasi dan nilai kepada sesuatu produk kepada pengguna. Ramai yang merunggut apabila ternampak atau melihat teknik Direct selling di mana-mana kenapa masih di praktik kan? ya sebab ianya berkesan! tapi ramai yang masih tidak suka dengan direct selling berbanding teknik marketing dan publitsiti Direct Selling? Ya tiada salahnya dengan Direct selling Malah Sifu saya sendiri pun pernah menjadi Direct Seller dan apa yang perlu diambil tahu adalah cara dan kaedahnya juga dengan tempat dan situasinya. seperti post saya yang sebelum ni Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook sangat berguna bagi sesiapa yang masih menggunakan cara direct selling di facebook. dan anda tidak perlukan publisiti atau nama yang besar dan dikenali jika anda hanya agent menjual sabun atau topup dan anda hanya menjualnya secara kecil-kecilan, tetapi anda masih perlu Advertising tapi dengan kaedah yang betul. Anis Choc Moist Cake Juga ada sharing tentang Direct Selling ini Disini Marketing Advertising Jika anda mempunyai  brand sendiri pula, anda perlu mempunyai publisiti dan Advertising untuk menaikkan nama perniagaan atau jenama anda. tetapi anda lebih kurang perlukan direct selling. dan anda hanya perlukan agent yang melakukan direct selling tersebut dan anda support jualan mereka dengan publisiti dan marketing advertising dari belakang yang akan lebih meyakinkan pelanggan dan melariskan jualan agent tersebut sakali gus produk anda akan mendatangkan jualan tinggi. Publisiti Jika anda mempromosikan diri anda pula sebagai pakar dalam sesuatu bidang anda sangat memerlukan Publisiti pula, kenapa? sebab anda perlu membina kepercayaan semua orang yang anda adalah pakar dalam sesuatu bidang, dan anda perlu sedikit advertising untuk support pengaruh anda dalam publisiti tersebut. kaedah ini ada diamalkan oleh siru DR. Azizan Osman dalam membina publisiti dengan...

Read More
Lari dari apa yang diajar?
Oct22

Lari dari apa yang diajar?

Pepatah: Belajar Kunyah Sebelum Telan sesuai dengan situasi dimana perlunya pemahaman dalam aplikasi untuk memanfaatkan ilmu yang dipelajari. kenapa? sebab bagi sesetengah manusia yang mempunyai pemikiran yang lurus akan memberikan respon yang ‘lurus’ dalam pembelajaran Contohnya: hanya mengikut sahaja apa yang dicakapkan dan tidak pelbagaikan apa yang diajar mengikut pemikiran sendiri dan situasi sendiri. Sebenarnya kita perlu faham bahawa orang yang mengajar kita adalah tidak sama situasinya dengan situasi kita, dan tambahan pula kalau diajar dalam satu kelas yang besar mempunyai ramai murid yang diajar. Jadi, untuk memberikan kesan yang baik untuk semua orang pengajart perlu memberikan contoh atau kaedah pengajaran yang universal yang bermaksud sesuai untuk semua yang ada dalam kelas tersebut. Jadi kita sebagai orang yang belajar dalam kelas tersebut perlulah praktikkan cara apa yang diajar mengikur situasi sendiri dan tidak perlu ikut 100% apa yang diajar, dan tak perlu takut untuk menambah apa yang diajar. kerana apa yang diajar mungkin tidak kena dengan perniagaan kira, hidup kita jadi kita gunakan ilmu itu ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cara kita sendiri. Psst: belajar tak boleh maca robot setting satu nombor satu yang keluar, manusia lain boleh -pelbagaikan conothnya setting 1 = 0.5+0.5…...

Read More
Tips Berniaga di Facebook: Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook
Oct15

Tips Berniaga di Facebook: Jangan buat orang jadi tak selesa dengan facebook

Berniaga di facebook perlu ada caranya supaya orang tidak jelik atau tak selesa dengan perkara yang kita jual dan yang pasti kita tidak akan dapat satu komen malah sales apatah lagi. Contoh cara untuk menjual di facebook adalah dengan kaedah sharing, sharing berita, atau cerita yang berkenaan produk yang kita jual. tetapi jangan nampak sedikit pun kita menjualnya, supaya orang lain boleh selesa dengan post anda. sebab kini ramai yang berniaga di facebook dan menyebabkan orang ramai fobia dengan penjual di facebook yang hanya berfacebook untuk menjual. Sebab Laman sosial adala tempat orang bersosial seperti di tempat sosial atau tempat awam yang lain, jadi anda jangan jadi penjual yang mengganggu orang dengan menjual dengan bersungguh-sungguh kerana tak semua orang yang nak beli dan perlukan produk anda, tetapi anda boleh jadi orang yang sedang bertanyakan pendapat orang ramai atau bersembang dengan orang lain dan berkongsi. bukan terus menjual. Gambar ni salah satu teknik yang baik untuk promosi produk beliau, apa bila orang komen “kat mana nak dapat?” atau “pernah jugak nak cuba” apa salahnya kalau kita PM orang tu terus. kan ke baik tu..buat dapat sales tapi orang lain selesa dan tak bosan dengan apa yang kita post, dan kita yakin produk yang kita share itu baik orang lain akan komen yang baik. Dan gambar ini tak akan di delete oleh admin group kerana ianya lebih kepada sharing dan pertanyaan untuk di kongsikan kepada orang ramai. jika ada orang tanya bagaimana nak beli jangan komen disitu, sila terus PM beliau. Kebaikan teknik ini: Orang lain selesa dengan bukan ayat jualan yang dah membosankan Tunggu orang komen benda baik dan sharing dari orang yang dah gunakan produk tu (testimonial free bro) Jika orang komen negatif sila jawab komen itu dengan baik dan perbetulkan keadaan mungkin orang tu tersalah guna (jika tak boleh kawal) kenapa tak delete je kan? (elakkan anda scam orang lain ok) Jika ada orang tanya benda apa? atau macam mana nak dapat, atau bagaimana ia berfungsi maka lebih baik anda kongsikan dan menjadi pakar kepada benda ini sedangkan anda yang mula bertanya. itu adalah sharing! Orang lain akan selesa dengan anda. dan kemungkinan untuk anda di unfriend adalah mustahil. facebook akan kembali menjadi tempat sosial yang selesa. Jualan lebih daripada jika anda gunakan teknik jualan langsung facebook Psst: Saya juga pemilik/admin group kereta di facebook, dan sangat tegas jika orang menjual barang dalam group saya. Tetapi jika saya melihat teknik ni saya takkan delete sebab ini adalah sharing bukan menjual dan semua orang akan selesa bersosial dalam group...

Read More
Jatuhan domino terbanyak selama 7 minit
Oct11

Jatuhan domino terbanyak selama 7 minit

Jatuhan jatuhan domino terbanyak yang sangat menarik untuk kita tengok sebab rasa puas hati je haha.. memang lurah manusia bila tengok benda yang susah nak buat tapi berhasil rasa puas hati sangat. tapi bila domino tu tak jadi rasa kecewa sanagt tambahan pulak dah buat banyak tiba tiba domino tu jatuh kena buat balik hehe.  Domino ni sebenarnya adalah satu kategori tile game ala yang macam scrable semua tu tapi domino ni lebih best kalau dimainkan dengan cara jatuhan domino yang disusun kemudian ianya dirakam oleh kemera. dan domino lebih dikenali dengan tujuan tu. jom layan video jatuhan domino selama 7...

Read More
Kanak-kanak turut menangis kerana ‘US government shutdown’
Oct10

Kanak-kanak turut menangis kerana ‘US government shutdown’

Minggu lepas Amerika Syarikat buat keputusan untuk menghentikan beberapa bahagian dalam kerajan kerana dana untuk operasi disekat sebab bantahan ahli congres dengan Obama (macam politik Malaysia la jugak bila satu pihak dapat menang majoriti dan satu pihak dapat total majoriti perkara jadi tak puas hatilah) ok bukan pasal politik yang kita nak ceritakan. Ceritanya tentang seorang budak yang mungkin fanatik dengan NASA (biasa lah budak-budak suka la roket-roket angkasa lepas ni) menangis sebab laman web NASA down disebabkan dana dari kerajaan tidak diberikan dan NASA menutup operasinya. Perkara ni nampak sangat memalukan bagi negara besar macam Amerika Syarikat, yang selalunya bangga dengan kemegahan diorang sangat tu. Video Budak menangis ni menjadi Viral setelah di share oleh blog-blog gergasi antarabangsa yang menyifatkan kerajaan Amerika sebagai bodoh. 5-year-old boy is in tears because NASA’s official website no longer works because of the idiotic government shutdown. Squabble all you want but don’t rob kids of their space game dreams! – GIZMODO Video viral ini menyebabkan isu emosional bagi rakyat Amereka Syarikat sendiri Just brutal. Do your jobs, people. For the children! – Yzebeth...

Read More