1001 Perniagaan Internet

7 Cara hebat berniaga tanpa modal

Posted by on 8:44 am in 1001 tips perniagaan internet, Featured | 17 comments

7 Cara hebat berniaga tanpa modal
Bisnes perniagaan tanpa modal

Berniaga tanpa modal

Siapa kata semua perniagaan memerlukan modal?

NOTIS UPDATE: atas permintaan ramai, sila rujuk bawah artikel ini untuk panduan lengkap bisnes tanpa modal.

Sebenarnya tanggapan bahawa semua perniagaan memerlukan modal adalah tanggapan lapuk yang patut kita tinggalkan kerana sebenarnya sangat banyak kaedah untuk kita berniaga tanpa modal.

 

Disini saya kongsikan 7 idea hebat bagaimana anda membina legasi dengan tanpa modal, cuma apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal.

 

Apa yang anda perlukan hanya laptop dan kerja yang gigih

 

Jadi disini saya kongsikan 7 idea hebat tersebut

 

1) Ambil upah menulis sesuatu di internet

Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari.

 

Contohnya saya sendiri semasa menjadi pelajar saya pernah menulis blog bagi laman blog gosip terkenal, kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan. Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan.

 

Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain

 

2) Perniagaan servis menulis ayat jualan

perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini,

 

Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini, tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda.

 

Bolehlah dapat dalam rm150-rm1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan

 

3) mengambil upah menjawab survey online

terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat syarikat besar ini.

 

Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan! Namun perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai

 

Boleh dapat sehingga rm5000 jika kena gayanya!

 

4) Perniagaan cetak baju

anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli (itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi)

 

Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.

 

Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan!

 

Hati hati: anda perlu dapatkan jumlah order minimum dengan cepat untuk kengelakkan pembeli menunggu terlalu lama sebelum baju siap dan sampai kepada mereka.

 

Seorang jutawan muda di Johor memulakan bisnes ini sehingga menjadi jutawan.. Kau ado?

 

 

5) Dropship

Ini memang boring sebab dah ramai tahu, tapi saya kongsikan juga sebab saya pergi ceramah di politeknik baru baru ini masih ramai tidak tahu apa itu dropship jadi saya anggap anda juga tidak tahu,

 

Dropship adalah satu teknik perniagaan yang sangat mudah dan menguntungkan ianya adalah sistem agen yang mana anda hanya mempromosikan sesuatu barang dengan harga anda sendiri apabila pembeli membayar kepada anda,

 

kemudian anda hanya order kepada penjual barang tersebut dan masukkan alamat pembeli anda tadi, secara tak langsung anda langsung tak perlu uruskan penghantaran dan anda langsung tak sentuh produk tersebut.

 

Senang cerita sistem orang tengah tetapi secara online.

Maka carilah produk yang sangat best untuk dijual harga tinggi

 

Dropship juga pernah melahirkan ramai jutawan!

 

6) affiliate online

Ini pun bosan sebab mungkin anda dah tahu tapi saya pasti ramai yang belum tahu, jadi saya terangkan juga.

 

Sistem affiliate online ini ramai yang terkeliru dengan dropship kerana ianya lebih kurang, tetapi affiliate lebih kepada pemberian komisen. Dimana anda menjual produk dengan harga yang sama dengan penjual tadi produk tersebut tetapi selepas anda berjaya menjualnya sistem affiliate akan merekod penjualan anda untuk dibayar komisennya selalunya dibar setiap bulan.

 

Sistem affiliate ini selalunya mempunyai sistem laman web khas yang merekodkan jualan anda secara automatik. Sistem ini akan merekod IP atau alamat komputer pembeli yang anda promosikan dan merekodkan pembelian mereka masukkan komisen ke akaun sistem anda.

 

Pakar affiliate selalunya boleh membuat. Rm50,000 hingga rm150,000 sebulan bersih! Tak percaya sila search.

 

7) Tulis ebook!

Nak tahu kenapa kami banyak jenis ebook?

Ini kerana tiada modal dan pendapatannya mengancam!

Dan membantu orang ramai menjadi kaya!

 

Apabila kita katakan tiada modal maka profit marginnya adalah 100% tak perlu jual aiskerim loceng yang modalnya rm7000 nak beli motor dan peti ais bergerak yang untung beberapa sen satu aiskerim di tengah panas (kami hargai usaha mereka). Anda hanya perlu Tulis ebook yang mempunyai ilmu yang power dan berbaloi untuk dijual maka jual lah sebanyaknya!

 

Dapatkan ebook kami bagaimana nak jual ebook dengan gempak dan dijual secara automatik. Goyang kaki je beb!

 

Seorang pakar boleh  dapat jualan dalam rm250,000 untuk satu ebook….cara betul mau ada :)

Ps: banyak lagi idea nanti saya bila senang saya sambung lagi!

 

 

UPDATE: ATAS PERMINTAAN RAMAI SAYA TELAH SEDIAKAN PANDUAN LENGKAP 50 BISNES TANPA MODAL BESERTA KAEDAH DAN CARA MEMULAKAN

Limit kepada 70 Copy sahaja,

Dalam file PDF sebab senang anda nak rujuk.

50 bisnes tanpa modal beserta panduan memulakan dengan mudah dan ringkas sahaja. Mengandungi panduan lengkap 50 jenis bisnes yang tak perlukan modal

setiap satunya diterangkan bagaimana untuk memulakannya dan dapat pendapatan dengan sempurna dan berpanjangan dengan mudah, surirumah dan student sangat digalakkan.

  1. 50 Jenis bisnes tanpa modal yang senang untuk dilakukan.
  2. 50 jenis bisnes pendapatan tinggi tanpa modal
  3. 50 cara apa perlu dibuat untuk memulakan
  4. 50 pilihan jenis perniagaan Tanpa modal boleh pilih bersesuaian dengan kemudahan anda
  5. Cara jadikan bisnes tanpa modal anda mempunyai cawangan seluruh malaysia.
  6. Contoh kejayaan juga diberi termasuk diri saya sendiri
  7. 50 strategi dan instruction lengkap bagaimana untuk anda jayakan legasi perniagaan anda tanpa modal seperti yang saya lakukan selama ini.

sila dapatkan panduan tersebut KLIK DISINI

Ceramah keusahawanan di Politeknik Seberang Perai

Posted by on 3:46 pm in 1001 tips perniagaan internet, AidilOmar Story, Featured | 0 comments

Ceramah keusahawanan di Politeknik Seberang Perai

Baru baru ini saya di jemput oleh pihak Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang untuk memberikan ceramah berkenaan dengan topik keusahawanan.

Saya berasa agak bertuah apabila dapat berkongsi dengan pelajar politeknik ini Yang boleh dikatakan jurang umur yang tidak banyak antara kami.

Sebahagian pelajar yang sempat bergambar bersama saya.
Insyallah anda kaya dan berjaya

Agak kekok juga berceramah kepada orang yang umurnya lebih muda sedangkan sebelum ini saya hanya berceramah kepada ahli korporat dan para usahawan sahaja. Namun dalam sesi perkongsian kali ini pelajar memberikan reaksi yang baik dan mudah memahami sesuai dengan mereka sebagai gen Y yang hidup dikelilingi dengan teknologi dan elektronik iadi proses perkongsian menjadi lebih mudah.

Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan namun, masa yang tidak mengizinkan. Apa tajuk utama yang saya sempat berkongsi dengan mereka adalah.
1) kenapa anda perlu bisnes?
2) kemana modal perniagaan anda?

3) apa yang perlu tahu dan apa yang perlu elakkan dalam bisnes
4) basic copywriting technique
5) bagaimana membuat rm4000/bulan semasa menjadi pelajar
6) pelbagai teknik marketing yang berkesan.

Saya sangat menghargai pihak Politeknik Seberang Perai kerana memberi masa yang berharga untuk saya kongsikan apa perkara penting yang pelajar ini perlu tahu sebelum mereka masuk ke dalam dunia perniagaan,

Pelajar ini telah belajar daripada pengalaman dan perkongsian saya yang tidak seberapa ini mungkin mereka boleh menyelamatkan beberapa puluh ribu daripada duit perniagaan mereka dan akan memudahkan perniagaan mereka dengan teknik marketing yang lain daripada lain kelak insyallah.

Ps: belajarlah dari pengalaman tak kira pengalaman kita sendiri atau pengalaman orang lain

Kerajaan bagi duit percuma kepada usahawan

Posted by on 12:06 pm in 1001 tips perniagaan internet | 0 comments

Kerajaan bagi duit percuma kepada usahawan

Kerajaan mengadakan inisiatif bagi usahawan yang Berminat untuk mendapatkan ‘duit percuma’ yang bernilai Rm500,000 setiap orang. Mungkin ramai yang tidak tahu,Dan kurang percaya dengan Janji manis ini, tetapi ia adalah kenyataan #img2# Gambar diatas adalah salah satu pembentangan idea Peserta SUPERB yang menawarkan dana bernilai rm500,000 untuk satu idea Janji manis tak semestinya tak bagus (cuba ubah persepsi anda) kerajaan membelanjakan Rm500,000 bagi siapa yang mempunyai idea Perniagaan yang berpotensi tinggi. Terdapat banyak inisiatif kerajaan untuk memberi contohnya 1) SUPERB Teraju 2) Cradle fund 3) Dana melalui SME bank 4) Dana melalui MARA Diatas adalah sebahagian daripada yang ditawarkan ada banyak lagi dan kebanyakannya tidak perlu bayar balik anda hanya perlu bagi idea yang boleh berjaya dan berpotensi keuntungan besar.
Gambar pembentangan idea SUPERB di Sungai Petani baru-baru ini Malangnya tidak ramai yang minta dan cuba untuk memberi idea Yang bernas untuk dijadikan perniagaan, mengapa? Cuba sahaja, cuba selangkah untuk dapat, jika tak cuba Langsung tak dapat.

Tips tambah jualan di bazaar ramadhan

Posted by on 6:15 am in 1001 tips perniagaan internet | 0 comments

Tips bisnes:

Level: bazaar ramadhan

 

Jika anda buka gerai di bazaar ramadhan, laburkan sedikit modal untuk print banner cantik cantik.. Dan letakkan produk atau makanan yang anda jual dalam banner tersebut tetapi jangan letak harga. Kemudian gantung di kawasan tempat letak kereta/motor pengunjung bazaar. Insyallah jualan roti john chicken black pepper anda atau murtabak spicy anda berganda-ganda daripada biasa.

 

1) biasanya orang datang ke bazaar ramadhan tak tau nak beli atau makan apa, jadi banner anda membantu mereka mendapat idea untuk makan apa pada haritu.

 

2) modal beberapa banner dalam rm50 kalau nak lebih jimat hanya gantung masa ketika buka gerai setiap petang jika tidak, anda perlu bayar cukai kepada majlis perbandaran

 

3) letak nama produk yang kreatif yang menaikkan nafsu lapar mereka, tuliskan lokasi gerai anda berdekatan dengan apa,supaya pembeli tak tercari cari.

 

Aidilomar.com

 

Advance coaching internet marketing

Posted by on 2:36 pm in 1001 tips perniagaan internet | 0 comments

Ada yang bertanya kepada saya, kenapa saya tidak buat coaching yang lebih advance sedangkan saya mempunyai kemahiran dalam bidang ini.

Jawapan saya, saya simpannya untuk bisnes terbesar saya yang sedang dibina secara senyap dan niche marketnya adalah bagus dan share market yang boleh ‘makan’ kerana kelemahan marketing pesaing yang lemah.

Jika anda ingin buat personal coaching saya akan ajarkan.. Boleh hantarkan email kepada saya untuk apply saya ajar sampai dapat hasil :)

Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?

Posted by on 4:03 pm in 1001 tips perniagaan internet, Featured | 0 comments

Kualiti Maybank2u – Web no 1 Malaysia tak berkualiti?









Mungkin agak memalukan bagi syarikat gergasi Asia Tenggara apatah lagi di namanya tak asing bagi  rakyat Malaysia, Maybank merupakan institusi kewangan terbesar di Asia Tenggara mempunyai nama gah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

qualys-maybank2u

Namun terdapat beberapa kontroversi sebelum ini yang melibatkan Maybank sebagai penyedia perbankan internet terbesar dan terbanyak yang digunakan di Malaysia sehingga dinobatkan sebagai laman web dari Malaysia no 1 yang paling kerap dilawati diikuti oleh Mudah.my.

Ujian yang dilakukan di laman web tersebut memberikan hasil yang tidak memuaskan bagi laman web Maybank2u dengan gred yang diberikan adalah F.Cakap sahaja kualiti Maybank2u ramai diantara kita yang tahu dan mempunyai akaun online bankingnya. tetapi kontroversi baru-baru ini berkaitan dengan tahap kualiti keselamatan Maybank2u dipertikai oleh applikasi Qualys SSL Labs.

 

Berita ini menjadi bualan hangat di internet terutamanya blog-blog teknologi yang menghentam Maybank

qualyss-maybank-a

Namun selepas beberapa hari, apabila diperiksa semula, Maybank telah mengemaskini kekurangan pada sistem certificate SSLnya dan mendapat gred A seperti laman web-laman web perbankan internet pesaingnya sebelum ini.

Mungkin pihak penyelenggara Maybank2u tidak menyedari atau kurang peka dengan perkara ini. dan mungkin juga atas sebab kecuaian bagaimana pun atas keprihatinan blogger-blogger perkara ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak Mayban2u dan tahniah kepada blogger dan pihak Maybank2u kerana peka dan prihatin tentang Masalah ini yang mungkin akan menyebabkan masalah besar kepada pihak Maybank jika Vulnerability Maybank2u adalah tinggi menyebabkan laman web di godam.

Kami terjumpa satu lagi perkara yang agak kurang sedap tentang Maybank2u

Walaupun perkara ini kecil, dan mungkin tidak penting tetapi, ianya agak memalukan bagi syarikat gergasi yang mempunyai laman web no 1 Malaysia, dan mungkin ramai yang perasan tentang perkara ini dan ini menjatuhkan kredibiliti sesebuah syarikat gergasi yang sepatutnya mempunyai kualiti tinggi dengan pelanggan yang berprofail tinggi.

sesuatu yang pelik di Maybank2u 

Capture

 

Gambar diatas diambil oleh saya menunjukkan dalam bulatan merah ada link yang tersesat disitu.

Mungkin perkara ini tidak perlu diperbesarkan seperti vulnerabiliti SSL yang bergred F sebelum ini, namun perkara ini sepatutnya diambil berat oleh pemilik laman web no 1 Malaysia.

Psst: Manusia yang bina laman web, dan menjadi lumrah, Manusia tak lepas dari kesilapan dan kealpaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...